Tuesday, May 11, 2010

PENGURUSAN PILI BOMBA

PENGURUSAN PILI BOMBA

1. Pengenalan.

Pili Bomba sangat penting kepada pasukan bomba dalam operasi memadam kebakaran.Tanpa bekalan air yang mencukupi, kerja-kerja pemadaman kebakaran akan gagal.Pada musim kemarau, perigi,kolam,parit dan kadangkala saluran paip air menjadi kering.Keadaan ini merumitkan operasi memadam kebakaran. Oleh yang demikian, pengurusan pili bomba amat penting dalam mempastikan operasi pemadaman kebakaran .

Pemasangan pili bomba ini juga adalah atas keperluan sesuatu bangunan berpandukan kepada peruntukkan undang-undang seperti yang dinyatakadalah danUndang-undang kecil bangunan seragam 1984 sekyen 225. Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu pili bomba yang ditempatkan tidak lebih daripada 91.5 meter sekali.

Kegagalan penyediaan pili bomba yang diperlukan adalah merupakan satu ancaman kepada jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia bagi menjalankan tugas-tugas pemadam jika berlaku kebakaran. Walau bagaimanapun pemasangan yang tidak disusuli dengan pengurusan pili bomba yang sempurna akan menjejaskan kepentingan pemasangan pili bomba itu sendiri. Dalam hal ini sering kita lihat pili bomba terbiar dan tidak diuruskan dengan sempurna sehingga menyebabkan ianya sukar digunakan apabila diperlukan

2. Tujuan

Mengenalpasti permaslaahan di dalam pengurusan pili bomba.

Untuk memberi sedikit cadangan bagi penambaikkan di dalam pengurusan pili bomba.

Bagi tujuan mempastikan pili bomba sentiasa dipastikan sentiasa diselenggara mengikut jadual yang dikehendakki.

Bagi meminimakan kerosakan dan kehilangan pili bomba.

3. Jenis – jenis Pili Bomba.

Di Malaysia terdapat 2 jenis pili bomba yang dipasang iaitu jenis bertiang dan jenis bawah tanah. Jenis bertiang pula mempunyai beberapa 2 jenis iaitu jenis salur keluar 2 hala dan 3 hala. Kebanyakkan pili bomba yang dipasangkan di Malaysia pada masa ini adalah dari jenis bertiang memandangkan ianya mudah diselenggara ,mudah digunakan dan mudah dilihat. Pemasangan pili bomba jenis bawah tanah pada masa ini pula jarang atau tidak digunakan kerana kos penyelenggaraan agak tinggi dan sukar diselenggarakan. Di Sarawak Jumlah Pili Bomba bertiang ialah sejumlah 22310 manakala jenis bawah tanah sebanyak 9727 unit.

Jenis- Jenis Pili Bomba

DSC00047

Pili Bomba Jenis Bawah Tanah

Pili Bomba Jenis Bertiang

4. Analisa Statistik Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Pili Bomba di Sarawak.

Bil

zon

Jum. Pili Bomba

Penyelenggaraan/

pembaikan

Tiada P/P

1

14488 unit

5475 unit

65 unit

8948 unit

2

5250 unit

2778 unit

12 unit

2960 unit

3

1500 unit

500 unit

5 unit

995 unit

4

10550 unit

3465 unit

20 unit

7065 unit

· Jumlah Bertiang = 22310

· Jumlah Bawah Tanah = 9727

Dengan merujukan statistic di atas dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan pili bomba yang dilaksanakan di Sarawak amat tidak memuaskan. Perkara yang sama juga berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Jumlah yang tidak diperiksa dan diselenggar melebihi 50 peratus purat keseluruhan.

5. Keperluan Pengurusan Pili Bomba.

5.1 Pemeriksaan.

Bagi mengenalpasti jumlah sebenar pili bomba , pemeriksaan perlulah dijalankan. Ini bagi memudahkan pihak pengurusan mengetahui jumlah sebenar pili bomba yang ada.Melalui pemeriksaan yang dijalankan pihak jabatan akan mengetahui jumlah pili bomba, jenis kerosakkan, kedudukan sebenar, apakah yang diperlukan dan lai-lain lagi.

5.2 Peta-peta Lokasi Pili Bomba.

Pihak jabatan juga perlu menyediakan dan mengkaji kedudukkan pili bomba di kawasan negeri/balai masing-masing. Dengan adanya peta lokasi pili bomba kedudukan pili bomba akan mudah dikesan . Kebanyakkan negeri atau balai mengabaikan aspek ini di dalam perancangan dan kaji pili bomba. Ini penting kerana kebanyakkan pili bomba yang ada hilang dan sukar dikesan terutama jenis bawah tanah.

5.3. Mengetahui Jumlah dan Jenis Pili Bomba.

Pengenalpastian jumlah dan jenis pili bomba juga penting kerana kebanyakkan pili bomba yang dipasangkan pada masa sekarang adalah dari jenis bertiang.Jenis bawah tanah pula jarang digunakan sekarang kerana sukar dikesan dan mudah rosak.

5.4 Kos Pemeriksaan, Penyelenggaraa dan Pembaikkan.

Kos merupakan satu keperluan yang mesti diadakan .Pada masa sekarang banyak pili bomba yang dipasang telah dirosakkan atau berlaku vandalisem. Ini merupakan satu suasana yang akan memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan dan pembaikkan. Sebagai contoh untuk mengganti kepala tembaga memerlukan perbelanjaan sehingga RM 300seunit , manakalah pemasangan pili bomba baru memerlukan kos sehingga RM 10 ribu unit 1 unit .

5.5 Kenderaan Khas Untu Pemeriksaan Pili Bomba

Kekurangan kenderaan utilty juga merupakan satu masalah utama di dalam penyelenggaran pili bomba. Oleh yang demikian dengan adanya penambahan kenderaan utility sekurang-kurangnya peratusan pemeriksaan akan meningkat.

Penggunaan motosikal juga merupakan satu kenderaan yang pratikal untuk digunakan , memandangkan ianya mudah melalui jalan-jalan yang kecil dan lebih cepat.

5.6 Perancangan Keperluan Tenaga Manusia.

Dengan penstrukturan baru guna tenaga di balai-balai hanya untuk tujuan operasi sahaja. Ini menyebabkan gangguan kepada pengurusan pili bomba dib alai. Sebagai contoh di sarawak yang mempunyai 32288 unit pili bomba ini bererti setiap balai perlu mempunyai sekurangnya 4 anggota untuk unit pili bomba . Ini berdasarkan purata 26 balai dan setiap balai mengendalikan 1241 unit pili bomba. Unit inilah yang akan mempunyai pemeriksaan , penyelenggaraan , membuat laporan , menyediakan maklumat pili bomba dan lai-lain.

6. Kerosakan - kerosakan Pili Bomba.

* Lubang pili bomba jenis bawah tanah diturap oleh kontraktor pembinaan jalan dengan tar semasa kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan. Ini menyebabkan pili bomba hilang dan tidak dapat di kesan.

* Kesan daripada penurapan jalan, timbul ketidakseimbangan ketinggian tiang dengan tinggi stand pipe pili bomba.

* Penutup pili Bomba menjadi melengkung sukar dibuka kesan dari kenderaan berat yang lalu di atasnya.

* Tanda H musnah atau hilang.

* Air dicuri dari pili bomba dan injabnya tidak ditutup dengan kemas menyebabkan air keluar.

* Muncung pili bomba yang diperbuat daripada tembaga hilang dicuri.

* Lubang pili bomba jenis bawah tanah dijadikan tempat pembuangan sampah.

* Tiang pili bomba patah .

* Warna tiang pili bomba pudar dan sukar dikenali.

* Peti lubang pili bomba pecah.

* Aliran air dihentikan ke pili bomba.

* Perbuatan laku musnah.

Pili Bomba yang terturap oleh tar jalanraya

Jenis – Jenis Kerosakkan pili Bomba.(Batu Tanda Pecah)

7. Rumusan.

Rumusan daripada pengurusan pili bomba ini dapatlah dicadangkan perkara-perkara seperti di bawah untuk kajian;

* Mengujudkan unit pili bomba dibalai-balai supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan secara berterusan.

* Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan pili bomba secara kerap bagi memastikan ianya sentiasa dapat digunakan semasa kebakaran.

* Balai-balai membuat kajian penempatan pili bomba yang baru atau sedia ada.

* Peta-peta lokasi pili bomba diadakan dib alai-balai bomba supaya kedudukkan mudah dikenalpasti.

* Mengadakan kenderaan yang mencukupi bagi tujuan pemeriksaan pili bomba.

* Memperkenalkan Kod bar secara komputerised bagi mengesan kedudukan dan lokasi pili bomba.

* Memandangkan kepala tembaga pili bomba sering dicuri , maka adalah penting bagi jabatan untuk memikirkan satu inovasi untuk menukar bahan yang perlu digunakan untuk menggantikan kepada tembaga berkenaan . Ini bagi mengelakkan kesulitan kepada anggota bomba semasa operasi kebakaran.

9. Penutup.

Pili Bomba adalah merupakan sumber utama pasukan Bomba untuk mendapatkan air semasa melawan kebakaran. Tanpa pemeriksaan dan penyelenggaraan yang baik ianya boleh mewujudkan fenomena yang merbahaya kepada jabatan di mana perkara ini menjejas imej dan reputasi jabatan. Pelbagai program boleh dilaksanakan oleh jabatan bagi menarik minat pihak tertentu terlibat dengan pemeriksaan dan penyelenggaraan pili bomba ini. Oleh yang demikian, pengurusan pili bomba mestilah dilakukan dengan tindakkan dan perancangan yang konsisten. Walau pun sudah diketahui pengurusan pili bomba ini amat penting kepada jabatan , namun masih ramai yang tidak tahu kepenting